Sudah hampir dua bulan lebih lamanya saya tidak menulis di laman blog ini disebabkan oleh kesibukan rutin harian dan urusan di pejabat. Bila sekali terhenti menulis maka bermulalah sifat malas akan menular meresap masuk ke dalam jiwa ini untuk meneruskan kemalasan tersebut.
Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai satu perkara yan pada zahirnya kita tidak beberapa ambil kisah pun. Pandangan dan nasihat saya apabila anda terutamanya yang bekerja sebagai penjawat awam yang akan berpindah atau "DIPINDAHKAN" di atas pelbagai alasan wajib ke tempat baharu wajib mendapatkan maklumat-maklumat berikut:
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (jika yang sudah berkeluarga ataupun anak),
- Hospital utama di sesebuah kawasan,
- Balai Polis yang berhampiran untuk dihubungi,
- Balai Bomba yang berhampiran untuk dihubungi, dan
- jiran paling hampir dengan tempat tinggal anda.












