Sekalung tahniah saya ucapkan kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di bidang masing-masing. Sesungguhnya segala penat lelah, pengorbanan dan usaha yang gigih akhirnya terbayar. Syukur alhamdulillah! Mungkin itu ucapan setiap graduan yang beragama Islam. I did it! Mungkin diluahkan oleh yang bukan Islam.
Walau apa pun, empat hari bermula daripada 15 hingga 17 Jun 2011 merupakan hari yang tidak akan dapat dilupakan oleh setiap graduan.
Setibanya para ibu dan bapa yang menyimpan harapan menggunung untuk melihat anak-anak kesayangan mereka dianugerahkan dengan segulung diploma atau sijil sudah pastilah mengundang seribu satu perasaan mengenai kemeriahan konvo pada kali ini.
Tetapi apa yang diharapkan punah sama sekali. Kenapa? Cuba anda perhatikan gambar dibawah ini dengan penuh penghayatan:
Mungkin ada yang bertanya, buat apa kita nak tenung gambar tempat meletak kenderaan itu lama-lama? Buang masa je. Dan, mungkin bagi para ibu bapa yang pertama kali mengiringi anak-anak mereka untuk konvo pastinya tidak mengendahkan tempat meletak kenderaan ini. Ini mungkin kerana mereka beranggapan ..alah..mungkin in cara PSA mengendalikan konvo kot?
Tetapi tidak bagi para ibu bapa yang mungkin sudah acapkali hadir untuk sesi konvokesyen PSA ini. Saya masih lagi terkenang-kenangkan di zaman dinasti Tn. Hj. Yusof bin Harun dan En. Amir bin Md. Noor (kedua-duanya adalah mantan Pengarah PSA) yang mana di tempat yang sama anda lihatlah itu lah dipenuhi dengan bermacam-macam gerai jualan daripada makanan sehinggalah ke hadiah dan cenderahati. Ke manakah semunya menghilang? Hanya Puan Pengarah kita sahaja yang ada jawapannya.
Cuma sebagai pengubat luka yang semakin teruk ini, ada jugalah sedikit gerai yang masih sanggup bertapak demi meneruskan kelangsungan gerai jualan konvo PSA yang pada suatu ketika dahulu sangat gah di mata masyarakat.
Jika pentadbiran PSA cuma mampu mengadakan pesta konvokesyen selama dua hari tetapi kemeriahannya seolah-olah disambut selama seminggu, kini dengan pentadbiran yang baharu walaupun sambutannya menjangkau empat hari tetapi seolah-olah tiada apa yang istimewa berlaku. Malah ada yang tertanya-tanya, ini pesta konvo ke atau orang luar yang dok sewa kita punya dewan? Pengarah kita mungkin ada jawapannya.
Saya terharu apabila melihat para ibubapa dan saudara-mara yang sanggup berpanas menunggu saat-saat anak-anak mereka menaiki pentas menerima segulung diploma atau sijil untuk bekalan bagi mendapatkan pekerjaan kelak. Saya mula terbayangkan mungkin itulah keadaannya yang berlaku apabila saya menghadiri konvokesyen anak-anak saya. Demikianlah pengorbanan ibu dan bapa anda. INGATLAH WAHAI PARA GRADUAN, TIADA KEJAYAAN, TIADA KEBERKATAN, TIADA KESENANGAN TANPA RESTU DAN KASIH SAYANG ORANG TUA!
Sekali pandang sudah pastilah anda akan terpesona dengan pengendalian Konvokesyen Kali Ke-13 PSA ini. Lihatlah sahaja perhiasan dalaman dan persembahan multimedianya. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan PSA. Disulam pula dengan ucapan dasar Pengarah PSA dan ditambah pula dengan ucapan VIP pasti akan memukau dan menaikkan semangat sesiapa yang mendengarnya.
Tetapi....
Adakah kehebatan pengendalian konvo ini setaraf dengan kehebatan graduan-graduan daripada PSA? Apa yang saya akan sampaikan selepas ini adalah berdasarkan kapasiti saya sebagai pensyarah Program Teknologi Berasaskan Kayu PSA. Terpulang kepada pembaca samada mahu menerimanya secara terbuka atau emosional.
Baiklah, saya ambil contoh Program TBK. Program TBK boleh dikatakan sebagai program yang sehingga kini masih lagi tidak mempunyai peralatan yang lengkap untuk kegunaan pelajar-pelajarnya menjalankan amali. Dan kami sebagai tenaga pengajar dipaksa untuk menayangkan video menggantikan amali yang tidak dapat dijalankan. Alasannya kita adalah politeknik bukan universiti. Matlamat kita sama dengan universiti cuma acuannya lain.
SAYA INGIN MENGINGATKAN KEPADA SEMUA DI SINI! Saya terlibat dengan pembangunan dan semakan semula kurikulum Program TBK selama hampir 2 tahun. Selama hampir dua tahun saya dan beberapa orang pensyarah TBK yang lain seperti Cik Norani, En. Kamal, Pn. Noorziawati, Cik Nafizah, En. Jefri, Pn. Nurin dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung telah menggembeleng tenaga dalam menghasilkan satu konsep kurikulum iaitu OBE(Outcome-based Education).
Pembangunan kurikulum baharu ini dibuat adalah BERDASARKAN KEPADA TIGA TONGGAK KEMAHIRAN INDIVIDU IAITU KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF! Untuk kemahiran kognitif kita telah berjaya mencapainya tetapi dengan perlaksanaan amali tidak dapat dijalankan, BAGAIMANA KITA HENDAKLAH MELUNASKAN KEMAHIRAN PSIKOMOTOR? Adakah dengan menayangkan video sudah cukup untuk mematuhi kehendak kurikulum itu? Cukupkan kita berasa lapar dan dengan hanya menonton video orang yang sedang makan maka kita sudah kenyang? Kanak-kanak pun tahu jawapannya.
Natijahnya, saranan pengurusan PSA untuk mencapai matlamat kemahiran psikomotor dengan hanya menonton tayangan video adalah sesuatu yang mengarut dan tidak boleh diterima akal yang waras sama sekali. Kesannya, adalah graduan-graduan yang dianugerahkan dengan diploma atau sijil ini akan teraniaya kerana ada ilmu yang sepatutnya diterima di bumi bertuah PSA ini tidak diterima oleh sebab daripada pandangan dan pemahaman yang sempit daripada pihak pengurusan PSA. Mungkin Pengarah PSA ada jawapannya.
Kepada para graduan, anda tidak bersalah di dalam hal ini. Pihak pengurusan PSA lah yang harus dipersoalkan mengapa hal begini sering terjadi terutamanya pada Program TBK. Mungkin Pengarah ada jawapannya.
Zaril Faizal bin Zaral Gaffar
Pengarang artikel ini adalah seorang Pensyarah Program Teknologi Berasaskan Kayu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang telah berkhidmat selama 10 tahun di institusi ini.
17 Jun 2011

saya sokong cik..
ReplyDeletepengurusan sejak dua menjak ini hanya mengutamakan kelancaran pengurusan dengan mmbeuat semua nya dalm cuti dan membutanya secara berperingkat yang amat berbeza dari dulu2..
walaupun agak mencabar dari segi pengurusan..tetapi..penuh denagn kemeriahan dan kepuasan kepada graduan2 dan keluarga graduan yang hadir pada konvo..