Sunday, 7 August 2011

Sebelum Dan Selepas Kelas








ASSALAMUALAIKUM W.B.H. DAN SALAM SEJAHTERA

Sidang penonton pelajar PSA yang saya kasihi sekelian. Apa khabar semua? Saya amat berharap agar semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan sempurna. Slot "MOTIVASI BERSAMA EN. ZARIL FAIZAL" adalah slot yang baharu di laman blog ini.

Baiklah, pada terbitan sulung ini saya akan membicarakan mengenai "SEBELUM DAN SELEPAS KELAS KULIAH". Cuba perhatikan video klip di bawah ini..


Hahhhh...itulah anda, berat kaki melangkah untuk masuk ke kelas kuliah...nak nak lagi kelas jam 8.00 pagi...memang satu penyeksaan! Kemudian kita lihat video di bawah ini pula...


Hahhh...itu juga anda lah, bila habis kelas je, ibarat dunia ini ana yang punya...seronok dan "happy" tersangatnya!

Kenapa ianya berlaku? Mengapa sedemikian rupa amalan biasa kita? Tahukah anda...menuntut ilmu itu adalah Fardhu Kifayah? Jadi janganlah jadi seperti "polar bear" yang "malas" tersebut...cuba buat pertama kali dalam sejarah hidup anda terbalikkan video klip tersebut...masuk kelas seperti penguin...sangat seronok bila hendak menerima ilmu dan habis kelas seperti "polar bear"...berat rasanya untuk lekang dari menimba ilmu...PERUBAHAN TIDAK BERLAKU DENGAN SERTA-MERTA, TETAPI KITA PERLU BERUBAH UNTUK MAJU!

Sehingga berjumpa lagi..salam ceria daripada saya!

En. Zaril Faizal b. Zaral Gaffar
7 August 2011

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller