Berikut adalah keputusan penuh Pilihanraya Umum Malaysia 13 yang telah dilaksanakan pada 5 Mei 2013:
Syabas dan tahniah kepada Barisan Nasional yang sekali lagi memegang tampuk pemerintahan di Malaysia untuk tempoh lima tahun lagi. Jika dibandingkan dengan pencapaian pada PRU 12 yang lalu jumlah kerusi Parlimen telah merosot sebanyak 7 kerusi.
Ini merupakan satu perkembangan yang sememangnya menggembirakan pihak Pakatan Rakyat yang semakin lama semakin melebarkan penguasaan kerusi Parlimennya sejak daripada PRU 12 lagi.
Seperti dijangka, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan terus diberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri masing-masing bagi tempoh lima tahun lagi. Satu pencapaian yang menjadi kebanggaan mereka dalam mengekang majoriti undi dua pertiga Barisan Nasional.
Kedah yang setelah lima tahun ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan PAS telah kembali ke pangkuan Barisan Nasional untuk diberi mandat baharu meneruskan kelangsungan agenda transformasi kerajaan.
Walau apa pun, semuanya telah termaktub, sekalung tahniah buat Suruhanjaya Pilihanraya yang telah berjaya melaksanakan tugas mereka dengan penuh etika dan telus walaupun terdapat dakwaan daripada sesetengah pihak yang mempertikaikan mereka. Yang menang janganlah terus mendabik dada dan yang kalah janganlah pula berangan-angan untuk melakukan kekacauan. Terimalah keputusan daripada rakyat untuk rakyat seadanya. Tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment