Showing posts with label Catatan Perjalananku. Show all posts
Showing posts with label Catatan Perjalananku. Show all posts

Monday, 4 March 2013

Toyota HarrierKu!

Aku memang sudah lama mengimpikan untuk memiliki sebuah kenderaan SUV atau MPV sejak dikurniakan dengan anak ketigaku, Muhammad Zarif Taqiyyuddin, lagi. Namun atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksalah aku kuburkan harapan tersebut. Mimpi tetap kan menjadi mimpi.

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Segala-galanya dan Maha Mendengar. Percaya dan yakinlah itu dengan sepenuh hati kita. tanggal 1 Mac 2013 merupakan satu tarikh yang tidak akan lupakan dalam liputan sejrah hidupku sebagai seorang insan kerdil di sisi Allah. Pada tanggal itulah akhirnya impianku bersama dengan isteri tercinta menjadi kenyataan untuk memiliki sebuah kenderaan yang besar. TOYOTA HARRIER 3.0!

Sunday, 21 October 2012

5 Perkara Penting Di Tempat Baharu

Sudah hampir dua bulan lebih lamanya saya tidak menulis di laman blog ini disebabkan oleh kesibukan rutin harian dan urusan di pejabat. Bila sekali terhenti menulis maka bermulalah sifat malas akan menular meresap masuk ke dalam jiwa ini untuk meneruskan kemalasan tersebut.

Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai satu perkara yan pada zahirnya kita tidak beberapa ambil kisah pun. Pandangan dan nasihat saya apabila anda terutamanya yang bekerja sebagai penjawat awam yang akan berpindah atau "DIPINDAHKAN" di atas pelbagai alasan wajib ke tempat baharu wajib mendapatkan maklumat-maklumat berikut:
  1. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (jika yang sudah berkeluarga ataupun anak),
  2. Hospital utama di sesebuah kawasan,
  3. Balai Polis yang berhampiran untuk dihubungi,
  4. Balai Bomba yang berhampiran untuk dihubungi, dan
  5. jiran paling hampir dengan tempat tinggal anda.


Tuesday, 21 August 2012

Menyambut Lebaran di Perantauan

Keluargaku berhari raya buat pertama kalinya di perantauan Sabah

29 Ogos 2012 yang akan menjelang tiba minggu hadapan ini bakal menandakan genap lima bulan usiaku menjejakkan kaki di bumi bertuah Sabah ini. Bercakap mengenai pengalamanku di sepanjang berada di sini memang tidak tergambar oleh perkataan. Begitu banyak kenangan pahit dan manis yang telah kulalui tatkala menabur bakti di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah ini.

Wednesday, 18 April 2012

The Beauties From The Creator

On my way to office, I had a very beautiful morning today by looking at the sunrise and this time I just can't hold into it from taking a very scenic moment that I ever experience ever since staying in Sabah.

Looking to the horizon when sunrise just about to begin is my way of life. That is because I love in peace, harmony and calmness in my living days. I really hate the hustles of city 's busy living and never ending traffic congestion. It makes my IQ going down by a second thinking about those hazards.


Sunday, 15 April 2012

Beautiful Places At Kota Kinabalu

It is no doubt that Sabah is one of the most beautiful places to be in Malaysia. Staying in the house alone is a bad ass so I set for sightseeing at Kota Kinabalu city center. Due to limited resource (money of course!), I only managed to have a free-budget mini sightseeing around Sutera Harbour and Anjung Senja.

I always wondered every time I go to work and return back home right after what lies at the Sutera Harbour. There you go, it is a place for big-money bearer to pour in. Hotel, resort, golf course to name a few are among the settlement that existed here and most of all is the beautiful and white sandy beaches spread just in front of my eyes.

Friday, 13 April 2012

There And Back Again!


Fifteen the most survival days left me no chance to write in my blog. Shifting to a very new place has pushed me to the limit. This is what I'm trained ever since I left my university's life. Deeply from the bottom of my heart, I would like to express my gratitude to Allah S.W.T. for helping me to get survived in Sabah after a very tough test of time and my thanks extended to all my teachers at UiTM Jengka and Shah Alam for nurturing me to be a survivor.

Monday, 2 April 2012

Saat-saat Indah Sebelum Meninggalkan PSA

29 Mac 2012 merupakan satu tarikh keramat buat diriku kerana pada ianya adalah hari terakhir aku berada di Semenanjung Malaysia sebelum memulakan satu bab yang baharu di dalam diari kehidupanku sebagai seorang pensyarah politeknik.

Seawal jam 6.00 pagi mataku sudah dibuka menandakan aku akan memulakan satu episod baharu di dalam pengembaraanku merentas liku-liku kehidupan pensyarah politeknik yang penuh dengan pancaroba dan cabaran. Aku akur terhadap apa yang diperlakukan terhadap diriku dan aku tidak akan berpatah balik untuk menyembah kaki-kaki manusia yang sangat bangsat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tuesday, 20 March 2012

Harapan Baharu Di Tempat Kerja Baharu


Kalau dikira-kirakan hanya tinggal lagi 9 hari lagi aku berada di bumi PSA yang bertuah ini sebelum memulakan kehidupan baharuku di Politeknik Kota Kinabalu. Alhamdulillah hatiku semakin tenang untuk menyusun kembali kerjayaku yang saban tahun berkecamuk disebabkan pelbagai masalah-masalah di sekelilingku yang terpaksa kutanggung.

Monday, 19 March 2012

10 Hari Lagi...


10 hari lagi aku akan pergi ke Politeknik Kota Kinabalu meninggalkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang telah banyak mengajarku erti kehidupan sebagai seorang penjawat awam. 11 tahun yang penuh dengan warna-warni liputan sejarah aku sebagai pendidik di PSA sudah cukup mematangkanku dalam mengharungi nota baharu di Politeknik Kota Kinabalu kelak.

Wednesday, 7 March 2012

Perjalananku Sebagai Seorang Pensyarah Politeknik


29 Mac 2012 mungkin atau tidak menjadi tarikh keramat kepada perkhidmatanku di dalam kerajaan. Pada tarikh tersebut mungkin atau tidak aku akan terbang ke Politeknik Kota Kinabalu meninggalkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang penuh dengan warna-warni kehidupan dan mungkin segala penipuan, korupsi atau salah guna kuasa, siapa tahu?

Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller