Tuesday 20 March 2012

Harapan Baharu Di Tempat Kerja Baharu


Kalau dikira-kirakan hanya tinggal lagi 9 hari lagi aku berada di bumi PSA yang bertuah ini sebelum memulakan kehidupan baharuku di Politeknik Kota Kinabalu. Alhamdulillah hatiku semakin tenang untuk menyusun kembali kerjayaku yang saban tahun berkecamuk disebabkan pelbagai masalah-masalah di sekelilingku yang terpaksa kutanggung.

Monday 19 March 2012

10 Hari Lagi...


10 hari lagi aku akan pergi ke Politeknik Kota Kinabalu meninggalkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang telah banyak mengajarku erti kehidupan sebagai seorang penjawat awam. 11 tahun yang penuh dengan warna-warni liputan sejarah aku sebagai pendidik di PSA sudah cukup mematangkanku dalam mengharungi nota baharu di Politeknik Kota Kinabalu kelak.

Wednesday 7 March 2012

Perjalananku Sebagai Seorang Pensyarah Politeknik


29 Mac 2012 mungkin atau tidak menjadi tarikh keramat kepada perkhidmatanku di dalam kerajaan. Pada tarikh tersebut mungkin atau tidak aku akan terbang ke Politeknik Kota Kinabalu meninggalkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang penuh dengan warna-warni kehidupan dan mungkin segala penipuan, korupsi atau salah guna kuasa, siapa tahu?

Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller