Thursday 1 December 2011

Apa Beza Kita Pilih Biru, Hijau, Biru Merah atau Biru Merah Putih?








Satu mesyuarat peperiksaan yang membosankan..itulah huraian yang layak untuk diberikan kepada mesyuarat yang baharu selesai pada jam 5.30 petang tadi. Biarkanlah sebab "saya yang menurut perintah"..

Seperti biasa sebelum pulang ke rumah yang dicintai, saya sempat melayari internet untuk melihat blog-blog yang telah sedia ada di dalam dunia maya ini..sempat jugalah saya menziarahi beberapa laman blog kepunyaan rakyat Malaysia yang sangat prihatin...cuma malangnya prihatin terhadap perkara-perkara yang tidak ketahuan kesahihannya..tapi biasalah di blog mereka telah dipaparkan "disclaimer".."ini adalah blog peribadi dan bersifat peribadi semata-mata, tidak mewakili mana-mana pihak ataupun organisasi.." Betul ke?

Dapatan awal saya mendapati penulis-penulis blog di Malaysia ini lebih gemar menulis mengenai perkembangan politik di Malaysia yang dilihat semakin subur kerana persaingan semakin sihat baik pihak pemerintah mahupun yang membangkang..syabas saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam merancakkan warna-warna politik di negara kita yang tercinta ini.

Cuma saya sedikit sedih kerana penulis-penulis blog ini gemar menulis dan menghentam sesetengah pihak tanpa ada bukti-bukti yang sahih..juga saya berasa amat hairan mengapa sesetengah daripada kita ni terlalu taksub dalam menyokong sesebuah organisasi sehinggakan apa yang didengari mengenai keburukan pihak lawan semuanya adalah tulus dan sahih. Benarkah ianya betul-betul berlaku...kalau sebaliknya, apakah hukumnya pula kepada pihak yang menabur fitnah?? Mungkin yang lebih penting adalah untuk mendapat "hit" pada "counter" yang tinggi sebab rakyat Malaysia terutama bangsaku memang gemar cerita-cerita yang bersifat "mengumpat", "menghasut", "berdendam", "bertikam lidah" dan tidak perlulah saya sebutkan lagi.

Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk mencari musuh dengan sesiapa, cuma ingin mengingatkan kepada semua mengenai satu perkara..JIKA SAMADA PIHAK BIRU KE, HIJAU KE, BIRU MERAH KE, BIRU MERAH PUTIH KE YANG MEMERINTAH, TUAN-TUAN HIDUP BOLEH KAYA-RAYA KE??...SAMA SAHAJAKAN...yang lebih penting adalah kita ini semuakan rakyat Malaysia...renung-renungkanlah bidalan berikut:


"Gajah sama gajah berjuang,
kancil pula mati ditengah-tengah"

Siapa "gajah" dan siapa "kancil"...anda sendiri ada jawapannya.


Setulus hati sejujur kata:
Zaril Faizal b. Zaral Gaffar
1 Disember 2011

1 comment:

  1. Yob, thanks. I will tell my students to visit your site.

    ReplyDelete


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller