Tuesday 6 December 2011

Anak-anak Tidak Mengenal Erti Perbezaan...








Selepas bersarapan di sebuah restoran di Shah Alam sempat saya menjengah ke kedai Seven Eleven disebelahnya untuk membeli senaskah akhbar harian. Mata saya tertarik kepada tajuk akhbar Berita Harian yang menyiarkan gambar YAB Perdana Menteri kita, Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak menghadiri Perhimpunan Perdana Bersama PM yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia atau singkatannya tidak lain dan tidak bukan PEKIDA.




Saya terus sahaja menyelak helaian demi helaian melihat secara lalu tajuk-tajuk berita yang terkandung di dalamnya. Tiba-tiba tinjauan rambang saya terhenti pada muka surat 17 yang mengupas mengenai pendidikan anak-anak yang bertajuk "Didikan Awal Bermula Di Rumah". Apa yang menarik perhatian saya mengenai artikel yang ditulis oleh Fatin Hafizah Mohd. Shahar ini beliau telah menggariskan cara-cara bagaimana untuk memupuk sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain di kalangan anak-anak. Berikut adalah tips daripada petikan yang diberikan:

  • Jika anda ingin melihat anak membesar sebagai seorang anak yang tahu menghormati insan lain, and perlu tunjukkan sikap itu kepada mereka sejak kecik lagi.
  • Jangan letakkan tanggapan yang terlalu tinggi terhadap anak, sebaliknya dekati dan bimbing mereka.
  • Didik anak dengan menghormati hak sendiri.
  • Puji mereka setiap kali menggunakan perkataan atau melakukan pilihan yang bijak dan hormati keputusan mereka.
  • Bincang dengan si kecil apabila melihat individu lain yang mencerminkan sikap negatif.
  • Perbaiki kelemahan dan kesilapan. Anda juga perlu tegas dalam mendidik sikap hormat-menghormati.
  • Elakkan menggunakan perkataan yang boleh menunjukka sikap negatif di hadapan anak anda.


Jadi, begitulah seperti yang digariskan di dalam artikel tersebut. Sesungguhnya anak-anak kecil ini diibaratkan sepeti kain putih yang mana ibu dan bapanyalah yang mencorakkan kehidupannya. Tetapi....

Adakah gadis tersebut tahu apa yang diperjuangkan oleh mereka yang di dalam gambar ini samada benar atau perkara-perkara bodoh menurut telunjuk golongan-golongan yang "GILA"? Begitulah lumrah orang Melayu suka mengikut dan menurut perkara-perkara yang dia sendiri tidak pasti (Gambar hiasan).

Apakan daya anak-anak kecil yang tidak tahu menahu erti perkauman, ekstremis-ekstrimis politikus usang, minda-minda sempit dan warna kulit ini akhirnya akan DIROSAKKAN MINDANYA oleh golongan-golongan yang gilakan kuasa, wang serta keduniaan. Bagi saya tiada satu pihak pun yang betul dan terunggul tidak kira anda berwajah biru ke, hijau ke, biru-merah ke atau biru-merah-putih ke. Bagi saya semuanya penyebab kepada kehancuran perpaduan anak-anak ini apabila mereka dewasa kelak. Apa yang menyedihkan ada juga YANG BERPELAJARAN TINGGI SEHINGGA KE PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH TETAPI MERENDAHKAN MARTABATKAN DIRINYA DENGAN SUKA MENULIS KEBURUKAN ORANG LAIN TANPA ADA ASAS DAN SUMBER YANG KUKUH...MACAMANA HENDAK MENDIDIK ANAK INI??


Setulus Hati Sejujur Kata:
Zaril Faizal b. Zaral Gaffar
6 Disember 2011

1 comment:

  1. There should be a LIKE button somewhere in this blog. :D

    Since today is Wednesday which is my English speaking day, I will comment in English.

    I totally agree on what you've written. Kids really don't know how differentiate between races. They think everybody are the same breed which is a human being. Our politicians from whichever political divides should stop playing race card as it is dangerous and very irresponsible.

    How on earth we are going to fulfill our PM's 1Malaysia agenda when among our politicians, they are so racist and full of hatred.

    ReplyDelete


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller