Wednesday 7 March 2012

Perjalananku Sebagai Seorang Pensyarah Politeknik


29 Mac 2012 mungkin atau tidak menjadi tarikh keramat kepada perkhidmatanku di dalam kerajaan. Pada tarikh tersebut mungkin atau tidak aku akan terbang ke Politeknik Kota Kinabalu meninggalkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang penuh dengan warna-warni kehidupan dan mungkin segala penipuan, korupsi atau salah guna kuasa, siapa tahu?


Di dalam keadaan sekarang hatiku mula berbelah bahagi samada untuk terus berada di politeknik yang penuh dengan tipu dan daya ini atau aku harus berhijrah demi kerjayaku yang lebih baik di masa hadapan. Secara jujurnya, aku tiada masalah dan halangan untuk memulakan perkhidmatanku di Politeknik Kota Kinabalu, tetapi suatu usaha yang sedang dilakukan oleh pelajar-pelajar DBK1 Sesi Disember 2012 membuatkan hatiku sayu dan terharu.

Selama 11 tahun aku berkhidmat di PSA dengan pelbagai cemuhan dan cacian serta persepsi negatif yang dilemparkan baik pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar dalam mengharungi cabaran mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berkepentingan di mata masyarakat. Namun, aku benar-benar seperti berada di alam mimpi apabila wujud satu kelompok kecil pelajar-pelajarku yang sanggup membela nasibku supaya kekal di PSA ini.

Walaupun pada zahirnya aku tidak menitiskan air mata tetapi jauh disudut hatiku meruntun perasaan sayu, hiba dan terharu kerana masih ada yang menghargai betapa besarnya nilai sebuah ILMU!! Syabas dan tahniah kuucapkan kepada DBK1 Sesi Dis 2011 yang sanggup mengenepikan segala risiko demi membela dan menafikan aku daripada berhijrah ke PKK.

Seketika aku diam dan membisu kerana mindaku masih tidak mampu untuk menerima kenyataan bahawasanya masih ada pelajar-pelajar politeknik yang sayangkan dan hargai ilmu Allah S.W.T....aku doakan supaya mereka ini dimurahkan rezeki, dilapangkan minda dan dada untuk menerima ilmu Allah serta menemui kebahagian apabila menamatkan pengajian di PSA ini.

Aku ingin mengingatkan kepada golongan yang dirahmati Allah ini agar setiap langkah dan usaha yang dilakukan mestilah berasaskan kepada keikhlasan, ketakwaan kepada Allah S.W.T. demi kepentingan masa hadapan Program Teknologi Berasaskan Kayu di PSA. InsyaAllah, mulai pada entri hari ini aku akan mula menulis sebuah kisah benar dan tulus melalui satu hikayat yang bertajuk "PERJALANANKU SEBAGAI SEORANG PENSYARAH POLITEKNIK" untuk renungan semua yang membaca kisah ini.

- Ditulis oleh Zaril Faizal bin Zaral Gaffar

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller