Tuesday 20 March 2012

Harapan Baharu Di Tempat Kerja Baharu


Kalau dikira-kirakan hanya tinggal lagi 9 hari lagi aku berada di bumi PSA yang bertuah ini sebelum memulakan kehidupan baharuku di Politeknik Kota Kinabalu. Alhamdulillah hatiku semakin tenang untuk menyusun kembali kerjayaku yang saban tahun berkecamuk disebabkan pelbagai masalah-masalah di sekelilingku yang terpaksa kutanggung.


Kedudukanku yang diibaratkan seperti ikan bilis hanya mampu membiarkan diriku dibaham buas oleh jerung-jerung besar yang bebas berkeliaran di merata tempat. Begitulah asam garam bekerja dengan "pegawai-pegawai atasan" kerajaan yang rakus memenuhkan tembolok mereka dengan menindas orang bawahannya.

Aku tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kerakusan jerung-jerung yang seringkali menceroboh ke kawasan ikan bilis untuk mendapat habuan tambahan. Bagiku itu semua adalah cabaran yang aku harus hadapi dan harungi di dunia penjawat awam yang penuh dengan onak dan duri penipuan.

Begitu juga dengan sistem pentadbiran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang semakin lama semakin hancur dek penangan pengurusannya yang buta halatuju, hanya memikirkan perut dan benak sendiri tanpa mengambil kira sumbangan orang bawahannya. Sikap Pengurusan PSA dan JKA yang tidak membela staf bawahannya memang sudah dijangkakan sejak Pn. Asmara Sulong mengambil alih tampuk pemerintahan PSA ini daripada mantannya, En. Amir Md. Noor.

Desas-desus sebelum ketibaan beliau daripada Politeknik Merlimau telah bertiup kencang membawa awan hitam yang sarat dengan najis dan kotoran menunggu masa untuk menjadi hujan berasid. Dan akhirnya, khabar angin PSA akan dilanda ribut kencang kehancuran akhirnya menjadi kenyataan setibanya beliau di PSA bumi bertuah ini.

Aku amat berharap di Politeknik Kota Kinabalu kelak, segala mendung iblis dan jahat yang menyelubungi hidupku di PSA ini akan menampakkan sinar baharu demi masa depan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

- Ditulis oleh Zaril Faizal bin Zaral Gaffar

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller