Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya Eidul Adha 1433H


26 Oktober 2012, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Eidul Adha 1433H bagi meraikan jemaah haji menunaikan Rukun Islam yang kelima. Tiba-tiba sahaja mindaku mengimbas kenangan bersama-sama dengan warga Seksyen 2, Antara Gapi, Selangor melaksanakan ibadah korban buat julung kalinya.

Bilakah lagi agaknya dapat aku bersama-sama dengan Pak Din, Abg. Rahim, Abg. Hj. Nasuha, Mazlan, Madi, Mail, Abg. Zainal, Usop, Hj. Md. Seri, Hj. Mat, Chot, Hamzah, Cikgu Rizan, Iwan dan saudara-saudara seAntara Gapiku untuk "menumbangkan" barang seekor dua lembu untuk dilapah dagingnya? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan sesunggunya itulah kenangan yang paling manis tidak sampai dua tahun aku bermasyarakat di situ.

Jadi, di kesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidhul Adha 1433H kepada semua dan teristimewa buat Warga Seksyen 2A, Antara Gapi yang penuh dengan warna-warni kehidupan. I missed you all very much!

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller