Tuesday, 30 October 2012

25 Para Nabi dan Rasul

Jika ditanya para remaja era globalisasi masa kini siapakah nama pemain-pemain Manchester United, Chelsea, Liverpool dan beberapa kelab gergasi Eropah yang lain maka tanpa teragak-agak golongan ini akan memberikan jawapan yang sangat fasih. Daripada penjaga gol hingga ke penyerang sampailah ke pemain-pemain yang duduk di bangku simpanan, tidak seorang pun tertinggal di lidah-lidah remaja tersebut.

Sehinggakan dek kerana taksubnya mereka ini terhadap pemain-pemain bolasepak kelab ternama dunia, dinding-dinding di bilik tidur dihiasi dengan gambar atau poster pemain kesayangan mereka.

Tetapi pernah terfikirkah kita apakah jawapan remaja ini jika diminta untuk menyebut 25 para Nabi dan Rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam? Sudah tentunya majoriti daripada mereka ini tergagap-gagap malah lebih memburukkan lagi Nabi Muhammad S.A.W. tidak disebut langsung apabila memberikan jawapan.

Begitulah tahap keimanan remaja masakini yang dilimpahi dengan kemewahan serta kesenangan duniawi sehinggakan terlupa akan hari kemudian yang berkekalan iaitu Hari Akhirat. Dengan kemajuan teknologi masakini yang sangat pantas seolah-olah terus mendorong para remaja ini menuju kesesatan daripada mengarah ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah S.W.T.


Bagi membantu golongan yang perlu diberikan perhatian ini, penulis ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan supaya para remaja ini tidak terus tersesat atau melupakan terus salah satu daripada Rukun Iman iaitu Percaya kepada Para Nabi dan Rasul.

Untuk pengetahuan, Allah S.W.T. telah mengutuskan seramai 313 orang para Rasul ke muka bumi ini (Hadith riwayat Ibnu Hibban) dan 25 daripadanya WAJIB diketahui oleh umat Islam yang tersebut di dalam kitab suci Al-Quran. Senarai 25 para Nabi dan Rasul tersebut adalah seperti berikut:
  1. Nabi Adam a.s.
  2. Nabi Idris a.s.
  3. Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Huud a.s.
  5. Nabi Shaleh a.s.
  6. Nabi Ibrahim a.s.
  7. Nabi Ismail a.s.
  8. Nabi Luth a.s.
  9. Nabi Ishaq a.s.
  10. Nabi Ya'qub a.s.
  11. Nabi Yusuf a.s.
  12. Nabi Syu'aib a.s.
  13. Nabi Ayyub a.s.
  14. Nabi Dzulkifli a.s.
  15. Nabi Musa a.s.
  16. Nabi Harun a.s.
  17. Nabi Daud a.s.
  18. Nabi Sulaiman a.s.
  19. Nabi Ilyas a.s.
  20. Nabi Ilyasa a.s.
  21. Nabi Yunus a.s.
  22. Nabi Zakaria a.s.
  23. Nabi Yahya a.s.
  24. Nabi Isa a.s.
  25. Nabi Muhammad S.A.W.
Penulis amat berharap kepada para remaja khususnya dan umat Islam seluruhnya supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dengan menghafal nama-nama para Nabi dan Rasul yang WAJIB kita ketahui.

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller