Sesungguhnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. wajib meyakini bahawasanya Allah S.W.T. itu adalah Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani. Kita juga wajib mempercayai setiap perbuatan yang dilakukan di atas muka bumi Allah ini samada baik ataupun jahat pasti mendapat balasan yang setimpal di dunia mahupun di akhirat kelak.
Kita sebagai makhluk yang kerdil di sisi Allah sudah sepatutnya senantiasa bermuhasabah diri dalam menjalankan kehidupan seharian di pentas dunia ini. Sebesar mana pun jawatan kita di dalam sektor kerajaan mahupun swasta, sehebat mana pun kita mempunyai kuasa untuk mengatur individu-individu yang kita tidak senangi, sekejam mana kita menindas orang-orang bawahan kita tetap tidak akan terbanding dengan kekuasaan Allah yang Maha Segala-galanya.
Alangkah indahnya jika kita sesama Islam tidak memiliki perasaan dendam dan menindas golongan-golongan yang tidak mempunyai upaya berbanding dengan kekuasaan seseorang yang memegang jawatan tinggi. Alangah indahnya jika individu-individu ini meleraikan buku hatinya yang kotor menjadi lebih bersih dan suci dengan menitikberatkan semangat ukhuwah di kalangan saudara sesama seIslam.
Tetapi apakan daya, inilah dia kurniaan-Nya yang Maha Unik, penuh dengan sifat-sifat baik dan menjelekkan. Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan terhadap orang lain baik sesuatu yang mulia mahupun sesuatu yang berniat jahat pastinya akan mendapatkan balasan yang dijanjikan benar oleh Tuhan Penguasa Semesta, Allah S.W.T.
Kita juga wajib meyakini setiap individu yang ditindas dan dianiaya memiliki kelebihan yang dijanjikan oleh Allah di mana doa-doa daripada golongan ini adalah mustajab. Kesimpulannya, kita sebagai makhluk tuhan yang kerdil walau sebesar kuasa dan pangkat kita janganlah mempunyai sifat menindas dan menganiaya bawahan kita dengan penuh emosi serta niat yang keji kerana sesungguhnya balasan Allah itu adalah Maha Benar.
Ingat satu perkara ini, di atas kita ADA LAGI YANG MAHA BERKUASA IAITU ALLAH!
hebat teruskan perjuangan pastikan kemungkaran akan musnah itu janji allahh
ReplyDeleteisham yabng di buang KPT hanya menghalang kemungkaran