Saturday 13 August 2011

Pelita Hari Raya


Bila terlihat pelita yang mula dipasang di rumah-rumah orang, teringat masa zaman kanak-kanak dahulu. Kalau di kampung biasanya pelita mula kelihatan pada 10 malam terakhir Ramadhan. Kononnya untuk menyambut ketibaan para malaikat yang turun dari langit bersama-sama satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar.

Biar apapun yang dibudayakan, itu adalah masyarakat kita yang memang kaya dengan kepercayaan-kepercayaan tersendiri dan adat resam yang unik. Biarkan ianya berlaku asalkan tidak menyimpang jauh daripada aqidah dan pegangan kita sebagai hamba-Nya yang naif. Yang penting, pelita adalah merupakan satu unsur Hari Raya yang tidak boleh dilupakan. Tiada pelita maka tiada serinya Hari Raya yang disambut.

Sejenak aku terfikirkan sesuatu...pelita dan diriku? Apa bezanya?

Hasil nukilan

Zaril Faizal b. Zaral Gaffar
13 Ogos 2011


No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller