Monday 2 April 2012

Saat-saat Indah Sebelum Meninggalkan PSA

29 Mac 2012 merupakan satu tarikh keramat buat diriku kerana pada ianya adalah hari terakhir aku berada di Semenanjung Malaysia sebelum memulakan satu bab yang baharu di dalam diari kehidupanku sebagai seorang pensyarah politeknik.

Seawal jam 6.00 pagi mataku sudah dibuka menandakan aku akan memulakan satu episod baharu di dalam pengembaraanku merentas liku-liku kehidupan pensyarah politeknik yang penuh dengan pancaroba dan cabaran. Aku akur terhadap apa yang diperlakukan terhadap diriku dan aku tidak akan berpatah balik untuk menyembah kaki-kaki manusia yang sangat bangsat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Aku tiba di KLIA (Kuala Lumpur International Airport) hampir jam 7.15 pagi. Jadual penerbanganku adalah pada jam 9.20 pagi dan normanya penumpang mesti berada di lapangan terbang 2 jam sebelum waktu berlepas. Sempat jugalah aku merakamkan detik-detik sebelum berlepas.

Menunggu giliran untuk bagasi selepas "Self Check-In".

Detik sebelum masuk ke balai berlepas.

Kali terakhir aku menaiki pesawat penerbangan adalah semasa menghadiri mesyuarat di Kuala Terengganu dan sebenarnya aku amat fobia dengan pesawat udara. Namun begitu aku gagahkan diriku untuk terus menghadapi semua ini dengan tabah dan berani. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya memujuk diriku untuk tidak lagi terus menjadi "Airoplanofobia".

Selamat tinggal PSA!

Semasa di dalam perjalanan menuju ke Balai Berlepas, hatiku semakin tenang menerima kenyataan bahawa aku akan menjejakkan kaki ke suatu tempat yang tidak pernah tergambar di dalam benakku selama ini dan kenanganku bersama PSA semakin lama semakin terkikis. Aku memang sudah tidak mahu lagi mengingatkan PSA kerana aku harus terus berlari ke hadapan untuk membina masa depanku yang gemilang. Aku bertekad untuk melupakan PSA dan arahku sekarang jelas di Politeknik Kota Kinabalu.

Sebelum menaiki pesawat Boeing 737.

Tidak banyak peristiwa yang sempat kurakamkan di dalam pesawat kerana memang tidak ada apa-apa yang teristimewa selain melayan mabuk udara sambil menjamu hidangan yang disediakan oleh pihak MAS. Aku ingin berkongsi kepada sesiapa yang mungkin buat pertama kalinya atau jarang-jarang menaiki pesawat udara bahawa jangan sesekali lupa untuk membawa air mineral atau air kosong kerana isipadu minuman yang dihidangkan amat sedikit.

Walau apapun, sebagai kenangan menaiki pesawat untuk berhijrah ke tempat kerja baharu, aku rakamkan juga beberapa gambarfoto. Mataku terpaku seketika melihat keindahan panorama ciptaan Allah, kepulan awan yang sangat mempesonakan, juga melihat daratan daripada udara. Indah sungguh ciptaan-Nya sambil ingatanku terhadap PSA bumi bertuah semakin lama semakin hilang dihembus bayu.

Di dalam pesawat.

Keindahan kejadian Allah S.W.T. terlihat melalui tingkap pesawat.

Si manis yang melayan kerenah lapar dan dahaga penumpang pesawat.

Pandangan Negeri Sabah daripada udara.

Pemandangan indah sejurus sebelum mendarat di KKIA (Kota Kinabalu International Airport)

Alhamdulillah, setelah 2 jam 20 minit penerbangan akhirnya tiba juga aku di bumi di bawah bayu, SABAH!!! 37 tahun aku hidup dan inilah pertama kali aku tiba di Sabah! Sebaik sahaja  kakiku melangkah keluar daripada pesawat yang menerbangkan aku ke mari, hatiku tenang dan seketika aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana merahmati perjalananku sebagai seorang pendidik politeknik.

Harapanku di tempat baharu ini bakal membuka satu lembaran lagi di dalam diari kehidupanku sebagai pensyarah politeknik. Semoga igauan buruk silam semasa di PSA akan senantiasa mengingatkanku dan memanduku untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kini kurasakan seperti baharu pertama kali menjejakkan kaki ke alam pekerjaan dan aku bertekad untuk menyumbangkan tenagaku di Politeknik Kota Kinabalu ini, AYUH BAH!!!

Just landed!

Pertama kali menjejakkan kaki di Kota Kinabalu, Sabah.

"Mem" aku pun sempat merakamkan detik-detik ketibaan di KKIA.

Menuntut bagasi dan mendapatkan pas imegresen memasuki Sabah.

Di luar Balai Ketibaan sedang menunggu bapa saudaraku.

Zaril Faizal bin Zaral Gaffar, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
2 April 2012

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller