Tuesday 23 August 2011

Kesombongan Membawa Kemurkaan Allah SWT








Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka semuanya tunduk memberi hormat melainkan Iblis, ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.".
(Surah al-Baqarah: 34)

HURAIAN

Sifat sombong atau takbur merupakan sifat mazmumah (yang dicela) yang perlu dijauhi oleh setiap individu muslim. Menyombong diri tidak mungkin dapat meningkatkan kedudukan atau martabat seseorang itu. Sebaliknya sifat yang buruk ini akan menjadikan manusia benci kepadanya dan dimurkai Allah SWT. Tiada sebarang kebaikan daripada sifat sombong kerana ia mewarisi sifat makhluk yang dilaknat Allah iaitu iblis.




Dalam pengertian yang lebih luas, seseorang itu bukan sahaja dianggap sombong apabila meninggi diri dan memandang hina orang lain, bahkan enggan menolong orang yang berhajat juga dikira sombong. Melanggar peraturan lalulintas atau undang-undang negara juga dikira sombong kerana enggan tunduk kepada sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.



Apatah lagi jika melanggar perintah Allah SWT seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat. Ini kerana perbuatan tersebut menunjukkan betapa ia sombong kepada Allah SWT sehingga enggan tunduk kepada syariat-Nya. Lantaran itu maka layaklah ia menerima azab Allah SWT yang amat pedih di akhirat kelak.

KESIMPULAN

Manusia dilarang bersikap sombong dan takabbur dalam segenap urusan dan tindakannya kerana ia mengundang kemurkaan Allah SWT. Melakukan sesuatu dalam keadaan dimurkai Allah SWT, tidak akan berjaya sebaliknya akan ditimpa kegagalan dan kebinasaan.


Artikel ini dipetik dengan izin daripada "Koleksi Artikel Tafsir - Siri 2" yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2006.

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller