Friday, 19 August 2011

Khasiat Ketam Bunga



Assalamualaikum w.b.h. dan Salam Sejahtera.

Pada ruangan Info Medik kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai khasiat ketam bunga. Pernahkah anda melihat atau makan ketam bunga? Kalau belum, gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana rupanya ketam bunga ini..


Ketam bunga ini yang biasanya digoreng kunyit, dibuat sup, ditumis berlada, digulai lemak atau pelbagai kaedah untuk menyediakan masakan berasaskannya memang lazat dan sedap. Di sebalik kelazatan daging ketam yang lemak-lemak manis ini tersimpang satu rahsia Allah yang tidak ternilai harganya. TAHUKAH ANDA, DAGING KETAM INI ADALAH PENAWAR KEPADA PENYAKIT DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA?

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Dapatkan ketam ini di pasar-pasar pagi atau pasar-pasar besar seperti Tesco, Giant, Econsave ataupun Jusco. Kalau anda tak tahu rupanya, lihat gambar di atas untuk dijadikan panduan.
  2. Buang kulit dan isi perutnya. Basuh sebersih-bersihnya.
  3. Belah badan ketam tersebut kepada dua bahagian dan potong hujung kaki-kakinya (kalau tidak dibuang pun tidak mengapa).
  4. Masukkan ke dalam periuk. Tuangkan air secukupnya dan masukkan rencah untuk dibuat sup (seperti bawang putih, bawang merah, daun sup dan sebagainya) 
  5. Rebus ketam tersebut sehingga naik bau.
  6. Setelah masak, hirup sup ketam tersebut dan makan dagingnya sekali. Teruskan makan dan menghirup sup ketam tersebut sehingga platlet darah pesakit demam denggi dan chikungunya kembail naik pada tahap normal.
Sup ketam yang lazat mampu membuka selera...


InsyaAllah, pesakit akan kembali sembuh daripada penyakit demam denggi dan chikungunya. Ada satu pilihan lagi selain daripada ketam bunga iaitu ketam nipah. Begini rupanya ketam nipah...


Ada orang kata ketam nipah ni adalah penawar paling mujarab terhadap demam denggi atau chikungunya jika dibandingkan dengan ketam bunga. Seperkara lagi, saya juga diberitahu yang ketam ini tidak boleh dimakan oleh orang Islam disebabkan hidupnya dua alam. Entah betul atau tidak itu saya mohon supaya pembaca dapatkan sendiri maklumat yang sah mengenai status halalnya. Baiklah, sehingga berjumpa lagi, selamat mencuba. SESUATU PENYAKIT ITU DATANG DARI ALLAH DAN PENAWARNYA JUGA DATANG DARI ALLAH.

Artikel ini ditulis oleh Zaril Faizal bin Zaral Gaffar yang bertugas sebagai Pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Beliau adalah seorang pensyarah yang mengajar di dalam bidang Perhutanan dan Produk Hutan. Jika terdapat sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi saya di talian 013-2572406 atau 603-51634000.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller