Tuesday 16 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Salam lebaran buat semua pengunjung blog forest dweller yang beragama Islam. Alhamdulillah kurang daripada dua minggu lagi umat Islam akan menyambut hari kemenangan dalam mengatasi dan melawan musuh kita yang paling utama iaitu nafsu.

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf daripada semua pengunjung blog ini, pelajar-pelajar saya, bekas-bekas pelajar saya, kenalan saya dan semua yang mengenali saya jika di sepanjang perkenalan ini terdapatnya tingkah laku dan budi bahasa saya yang mengguris hati dan perasaan tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Sesungguhnya saya hanyalah insan kerdil di sisi Allah S.W.T.

Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Terimalah lagu "evergreen" dendangan Ahmad Jais - Selamat Hari Raya.


Ikhlas daripada:


Zaril Faizal b. Zaral Gaffar
16 August 2011 


No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller