Tuesday 1 November 2011

Adakah PSA Layak Digelar Politeknik Premier?








Pada pertengahan bulan Ogos 2011, penulis blog telah melancarkan satu soal selidik yang berkaitan dengan kerelevenan taraf premier yang diberikan kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Soal selidik tersebut telahpun berakhir pada hari ini 1 November 2011. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan respon daripada pembaca blog bagi menyediakan satu platfom asas demi masa depan dan kecemerlengan PSA di masa akan datang.



Soal selidik yang dijalankan ini adalah secara umum dengan sasaran responden hanya tertakluk kepada pembaca dan pengakses blog ini sahaja. Keputusan soal selidik ini juga bukanlah satu soal selidik yang rasmi tetapi hasil daripada analisis keputusan boleh dijadikan gambaran awal mengenai taraf premier pada perspektif mata umum. Berikut adalah keputusan analisis soal selidik yang telah dijalankan:


Analisis keseluruhan menunjukkan majoriti atau 70% responden tidak bersetuju PSA bergelar politeknik premier dan cuma 8% sahaja yang bersetuju. Sebanyak 22% responden tidak pasti samada gelaran tersebut layak atau pun tidak.


Soalan yang dikemukakan adalah "Adakah PSA layak diberi taraf politeknik premier?" Sehingga entri ini ditulis seramai 27 orang responden telah mengambil bahagian tanpa ada sebarang diskriminasi. Pilihan jawapan adalah berdasarkan kepada "Ya", "Tidak" dan "Mungkin". Jika responden menjawab "Ya" maka beliau akan diminta untuk memilih sebab mengapa memilih "Ya" seperti berikut:
  1. fasiliti untuk P&P mencukupi.
  2. kemudahan prasanan yang mencukupi.
  3. status premier.
  4. pengarah yang proaktif.
  5. pensyarah-pensyarah yang komited dan proaktif.
  6. panorama lanskap yang menarik.
RESPON "YA"
Berikut adalah analisis keputusan yang memilih jawapan "Ya":
  • Seramai dua orang responden telah mengambil bahagian yang memilih "Ya". 50% iaitu seorang responden memilih bahawa PSA layak diberikan taraf premier disebabkan oleh "status premier". Manakala 50% lagi iaitu seorang lagi responden telah menyokong PSA diberikan taraf premier disebabkan oleh "pensyarah-pensyarah yang komited dan proaktif".


RESPON "TIDAK"
Jika responden menjawab "Tidak" maka beliau akan diminta untuk memilih sebab mengapa memilih "Tidak" seperti berikut:
  1. kemudahan prasarana yang daif.
  2. fasiliti untuk tujuan P&P tidak mencukupi.
  3. keadaan kelas dan bengkel yang tidak kondusif.
  4. untuk kelas amali selalu terganggu disebabkan urusan pembelian bahan luak terlalu lama.
  5. kebajikan pelajar diabaikan.
  6. sikap pengurusan PSA yang tidak mengambil berat hal-hal akademik pelajar.
  7. menggunakan tayangan video untuk menggantikan kelas amali yang tidak dapat dijalankan.
Berikut adalah analisis keputusan yang memilih jawapan "Tidak":
  • Seramai dua puluh lima orang responden telah mengambil bahagian yang memilih "Tidak". 20% iaitu 4 orang responden memilih bahawa PSA tidak layak diberikan taraf premier disebabkan oleh "kemudahan prasarana yang daif". 15% pula iaitu 3 orang responden telah memilih untuk memberikan pandangan bahawa "fasiliti untuk tujuan P&P tidak mencukupi". 10% responden pula masing-masing tidak bersetuju dengan taraf premier yang dianugerahkan kepada PSA disebabkan oleh "keadaan kelas dan bengkel yang tidak kondusif" dan "untuk kelas amali selalu terganggu disebabkan urusan pembelian bahan luak terlalu lama" serta "kebajikan pelajar diabaikan". 35% atau peratusan yang tertinggi adalah responden yang memilih "sikap pengurusan PSA yang tidak mengambil berat hal-hal akademik pelajar" menjadi sebab kenapa PSA tidak layak bergelar politeknik premier.


Remember, there is no victory without sacrifice and dare to transform!

With regard:
Mr. Zaril Faizal b. Zaral Gaffar
Woodtech Lecturer
1 November 2011

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller