Wednesday 2 November 2011

Peperiksan Akhir Datang Lagi! Alamak!






Assalamualaikum w.b.h. dan Salam Satu Malaysia!

Saya mengharap sesuatu yang indah dan mendamaikan sering mengunjungi kehidupan seharian pelajar-pelajar saya. Begitu juga saya pohonkan ke hadrat Illahi supaya mengurniakan kesihatan yang sempurna kepada pelajar-pelajar saya dalam saat-saat menghadapi peperiksaan akhir yang bakal tiba sedikit masa lagi.

Setelah mengharungi 15 minggu ditambah dengan 1 minggu tambahan maka saat yang ditunggu-tunggu akan menjelma pada 14 November 2011 iaitu bermulanya PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada ketika itulah setiap individu yang bergelar pelajar PSA akan menguji diri mereka tentang sejauh mana penerimaan dan pemahaman ilmu yang ditimba daripada pelbagai pensyarah bidang dengan HATI YANG TULUS IKHLAS.

Dan ketika ini jugalah tekanan perasaan untuk menghadapi peperiksaan akhir akan mula dirasai dan menguasai diri. Di sinilah emosi pelajar-pelajar mula tidak stabil dalam menguruskan masa untuk ulangkaji dan meneruskan kehidupan seharian yang penuh pancaroba. Lampu-lampu kalimantang di dalam bilik tidur di rumah sewa sudah mula kelihatan tidak tertutup sepanjang malam, suasana 12.00 tengah malam hingga subuh sudah mula sibuk dengan insan-insan yang mengekang diri untuk menatap buku-buku dan notah kuliah bagi bersiap-sedia menghadapi satu peperangan yang bakal menggoncang bumi nusantara minda mereka!


Suasana ceria dan harmoni sebelum ini telah bertukar dengan keadaan yang senantiasa tegang dan mula tidak harmoni. Pertelingkahan mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa dek hanya perkara sebesar zarah sahaja. Makan dan minum sudah mula tidak menentu, sarapan pagi sudah menjadi makan malam, makan tengahari sudah mula bertukar ke makan malam, makan malam sudah tidak wujud kerana selang satu jam mengulangkaji sudah pastinya perut akan menggoda ke Restoran Makbul atau McD yang buka 24 jam sehari.

Itulah fenomena kebanyakan individu yang bergelar pelajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Tetapi adakah semuanya itu mesti dilalui dan dialami oleh setiap pelajar. Jawapannya "TIDAK!!". Anda boleh menghadapi peperiksaan akhir dengan hati dan kehidupan yang tenang seperti sebelumnya.

Kepada semua pelajarku, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips bagaimana mengatasi masalah ketegangan perasaan ketika menghadapi musim peperiksaan akhir.


Tips 1

Makan dan Minum - Pastikan jadual makan anda seperti biasa iaitu sarapan pagi dibuat pada waktu sarapan pagi, makan tengahari dibuat pada waktu makan tengahari dan makan malam dibuat pada waktu makan malam. Jangan sesekali ubah jadual rutin pemakanan harian anda. Kemudian makanlah makanan yang berkhasiat dan bukan makanan yang terlalu mengenyangkan sehingga ianya mengundang lemahnya daya ingatan.

Gambar: Kismis adalah salah satu makanan yang terbaik untuk menguatkan minda anda.

Tips 2

Pengurusan Masa - Uruskan masa anda dengan baik. Di sini saya ingin memberikan tips masa-masa yang sangat optimum untuk memulakan ulangkaji. Baiklah, tidur awal setiap malam iaitu lebih kurang jam 9.30 atau selewat-lewatnya jam 10.00 malam. Kemudian setkan jam loceng pada jam 3.00 atau 3.30 pagi. Segarkan diri dengan mandi dan mulakan ulangkaji anda pada jam 4.00 pagi. Pada ketika inilah otak kita benar-benar dalam keadaan rehat dan bersedia untuk menerima input yang terbaharu. Ingat, memori otak kita akan kekal pada setiap perkara yang pertama berlaku setelah anda bangun daripada tidur. Seperti mana anda tidak boleh lupakan pengalaman bercinta pada kali pertama akan dikenang sehingga akhir hayat walaupu sudah mempunyai cucu dan cicit! JANGAN SESEKALI MENGULANGKAJI DISEPANJANG MALAM kerana ianya akan meletihkan otak anda seterusnya memberikan impak negatif di kehidupan siang hari anda. Perlu diingat, jika fizikal yang letih dan penat bila anda berehat InsyaAllah ianya akan kembali segar, tetapi minda yang letih dan penat belum terjamin segar setelah anda bangun daripada tidur!


Tips 3

Rawat Minda - Di sepanjang minggu ulangkaji, ambil kesempatan satu atau dua hari untuk bersantai ke tepi pantai, hutan-hutan rekreasi, bersukan dan pelbagai lagi aktiviti yang merehatkan minda anda setelah penat bekerja. Tabiat mengulangkaji tanpa henti dan memberikan ruang untuk minda anda berehat akan menyebabkan tubuh badan anda letih seterusnya melemahkan daya ingatan kita. Bersantailah dengan rakan-rakan dan JANGAN TERLALU SERONOK!

Panorama alam ciptaan Allah berupaya memberikan ketenangan yang hakiki untuk minda kita.

Tips 4

Jiwa dan Nurani - Kepada yang beragama Islam, belai jiwa dan nurani anda dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t. Pelihara solat wajib sehari semalam, banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir mengharapkan keredhaan Allah dalam menghadapi peperiksaan akhir nanti.

Mendekatkan diri pada Allah dan memohon keampunan serta keredhaan dari-Nya.

Tips 5

Ibu, Bapa dan Guru - Tips yang terakhir ini yang paling penting. Jika ada kesempatan pulanglah ke kampung halaman untuk memohon restu dan keredhaan ibu bapa dalam menghadapi peperiksaan akhir nanti. Ingatlah keredhaan Allah adalah keredhaan ibu dan bapa kita. Seperkara lagi, pergilah berjumpa dengan setiap pensyarah yang mengajar anda memohon supaya diberkati, diredhai dan dihalalkan ilmu Allah yang disampaikan kepada anda. Ingat! ILMU YANG TIADA KEBERKATAN DAN TIADA KEREDHAAN TIDAK AKAN MELEKAT DAN TERTANAM DI DALAM MINDA DAN HATI ANDA!! KEREDHAAN DAN RESTU DARIPADA PENSYARAH ANDA SAMA TARAFNYA DENGAN KEREDHAAN DAN RESTU DARIPADA IBU DAN BAPA ANDA!

Jasa dan pengorbanan pendidik menyampaikan ilmu Allah janganlah dilupakan.

Itulah dia 5 tips yang mungkin boleh membantu pelajar-pelajar saya dalam menghadapi peperiksan akhir bermulanya 14 November 2011 nanti. Sesungguhnya saya hanya memberikan kunci kepada pintu kejayaan, ANDALAH YANG AKAN MEMBUKA DAN MENERUSKAN PERJALANAN MENUJU KEJAYAAN ITU!

Remember, there is no victory without sacrifice and dare to transform!

With regard:
Mr. Zaril Faizal b. Zaral Gaffar
Woodtech Lecturer
2 November 2011

4 comments:

  1. Bob, time kau belajar dulu tak buat macamni pun. Hahaha...

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih En.zaril,atas tips yang En zaril berikan!
    terima kasih juga kerana telah berkorban untuk mendidik kami..!!
    halalkan segala makan minum kami.
    doakan kami supaya cekal dan tabah menjawab perperiksaan ini..
    -HaziQ-

    ReplyDelete
  3. dulu zaman belajo memang lanun..ni dah jadi pendidik kenalah ajo mereka-mereka ni supaya tak jadi lanun macam aku Idan..hehehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih En. Zaril dan En. Kamal kerana memberi tunjuk ajar kepada kami. Hari ini kami akan mngambil peperiksaan akhir pda pkul 2.30 sekejap lg.. Doakan kejayaan kami..

    ReplyDelete


Popular Posts

terapi jiwa

terapi jiwa




My Blog List

@forest dweller

@forest dweller